Username

Password  
 
Online : 9
Tarikh : 05/02/2012
IP : 38.107.179.242

 
“Saya meminta masyarakat tidak hanya menggunakan internet atau jalur lebar untuk kegunaan sosial tetapi juga menggunakan kemudahan ini untuk mempertingkatkan ekonomi masing-masing dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara online"

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia


Melalui Saluran Online Payment Gateway Yang Selamat, Pembayaran Melalui Pelbagai Bank Diterima.
AllStarPerfumes.com menerima semua transaksi daripada bank-bank berikut:

 


Untuk paparan terbaik, gunakan Mozilla Firefox

  ASP?

ALL STAR PERFUMES
(ASP) ialah koleksi eksklusif daripada formulasi khas pati minyak wangi tanpa alkohol yang diinspirasikan daripada jenama terkenal antarabangsa.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Perniagaan Bersama ASP?

1. Produk Berkualiti

ALL STAR Perfumes ialah koleksi 18 jenis pati minyak wangi berkualiti tinggi yang diimport dari Perancis. Negara Perancis sememangnya telah dikenali seluruh dunia sebagai negara pengeluar terbesar minyak wangi terbaik di dunia. Pati minyak wangi yang sebenar ini adalah merupakan pati minyak wangi tulen tanpa campuran alkohol atau minyak putih seperti sesetengah keluaran syarikat lain. Oleh itu, ianya adalah original dan berkualiti tinggi. Dengan produk berkualiti, kepuasan pengguna adalah tinggi dan potensi pembelian ulangan juga adalah sangat tinggi.

2.Sesuai Untuk Semua

Dalam menjayakan sesuatu perniagaan, siapa kumpulan sasaran pelanggan adalah penting. Kategori atau kelompok masyarakat yang berpotensi menjadi pelanggan adalah penting bagi menjamin perniagaan akan berkembang secara berterusan. Perniagaan ALL STAR Perfumes adalah sangat bersesuaian dengan semua golongan masyarakat. Ini kerana semua orang tidak mengira jantina, warna kulit atau pegangan agama memerlukan pewangi bagi menaikkan kesegaran, semangat dan aura seri pada diri masing-masing. Oleh itu, pewangi mempunyai kelompok potensi pelanggan yang sangat besar. Samada pekerja kerajaan, swasta, bekerja sendiri, surirumah, pelajar sekolah, pelajar kolej mahupun pelajar universiti, semuanya adalah merupakan potensi pelanggan ALL STAR Perfumes.

3.Produk Boleh Guna Sendiri

Sesetengah produk yang dijual di pasaran mungkin tidak sesuai untuk digunakan oleh kita sendiri. Sebagai contoh, produk kesihatan mungkin sesuai untuk menyembuhkan atau mencegah sesuatu jenis penyakit dan bukan semua orang memerlukannya. Namun begitu, produk ALL STAR Perfumes boleh digunakan sendiri. Dengan menggunakan pewangi, kita akan menjadi bertambah bersemangat dan yakin untuk berhadapan dengan orang lain secara bersemuka. Oleh itu, tidak wujud sebarang pembaziran atau kerugian untuk memiliki pati minyak wangi ALL STAR Perfumes.

4.Sesuai Untuk Muslim

Bagi orang Islam, pilihan minyak wangi yang ada di pasaran adalah terhad dan kebanyakkannya meragukan dari segi kandungan bahan produk tersebut. Oleh itu, pilihan paling tepat bagi seseorang Muslim menggunakan pewangi ialah Pati Minyak Wangi. Ini kerana pati minyak wangi merupakan ekstrak original dari bahan alam semulajadi terutamanya dari bunga-bungaan. Bagi negara Malaysia, pati minyak wangi yang banyak terdapat di pasaran sebelum ini ialah keluaran negara-negara Timur Tengah seperti Mesir (Egypt) dan Arab Saudi yang banyak mengeluarkan pati minyak wangi yang dikenali sebagai ’Minyak Attar’. Kini, Syarikat ALL STAR Perfumes memberikan pilihan terbaik kepada pengguna yang menginginkan haruman seperti jenama minyak wangi antarabangsa. Ianya sesuai untuk golongan Muslim selain tidak perlu berbelanja mahal untuk memiliki haruman yang bertaraf antarabangsa.

5.Diedar Oleh Syarikat Bumiputera Islam

ALL STAR Perfumes adalah merupakan sebuah syarikat sah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Syarikat milik penuh 100% Bumiputera Islam ini memulakan perniagaan di Alor Setar, Kedah dan kini beroperasi melalui Pusat Pengeluaran Utama di Pekan, Pahang. Nombor Pendaftaran syarikat ialah AS0312652-T. Bidang perniagaan ialah sebagai Pembekal, Pemborong, Peruncit Dan Penjual Minyak Wangi.


Klik Untuk Lihat Besar


6.Peluang Keuntungan Yang Lumayan

Dengan hanya mendaftar 1 akaun affiliate iaitu membuat pembelian sekotak ALL STAR Perfumes bernilai hanya RM 60.00, anda berpeluang memperolehi pendapatan 26 kali ganda berbanding modal tanpa membuat penjualan produk secara fizikal kepada pelanggan. Hebat Bukan?

7.Agihan Keuntungan Kepada Rakan Affiliate

Dalam program affiliate ALL STAR Perfumes, agihan upah promosi adalah dalam 3 bentuk iaitu Bonus Tajaan Terus, Komisen Affiliate sehingga 4 level dan Komisen E-Stokis. Mana-mana ahli yang aktif berniaga adalah berhak menikmati ketiga-tiga ganjaran hebat ini sekaligus. Ianya adalah adil dan sangat munasabah kerana Pati Minyak Wangi ALL STAR Perfumes adalah berkualiti tinggi dan agihan upah sebegini tinggi adalah wajar dinikmati oleh rakan affiliate yang aktif mempromosikan web masing-masing. Ianya adalah situasi menang-menang (Win-Win Situation) antara pihak syarikat dengan rakan affiliate.


8.Percuma Laman Web Perniagaan Yang Lengkap

Bagi setiap pembelian sekotak Pati Minyak Wangi ALL STAR Perfumes, anda akan diberikan sebuah laman web perniagaan yang begitu canggih. Laman web ini dibangun dan diselenggara oleh Pakar Pemasaran Internet Terkenal di Malaysia iaitu Jaguh Internet. Anda tidak perlu membayar apa-apa kos untuk memiliki laman web yang serba lengkap untuk menjalankan perniagaan internet anda.

9.Boleh Mula Perniagaan Serta Merta

Laman web anda boleh digunakan serta-merta sebaik sahaja diaktifkan oleh pihak Admin iaitu selepas pengesahan bayaran dibuat. Insyaallah, anda boleh terus memulakan perniagaan dalam masa 24 jam dari tarikh anda membuat bayaran pembelian walaupun produk yang anda beli masih dalam perjalanan ke rumah anda. Lagi cepat anda memulakan promosi laman web anda menerusi kemudahan internet secara online ataupun pengiklanan biasa secara offline, lagi cepat akaun e-wallet anda akan mula merekodkan keuntungan demi keuntungan secara berterusan.

10.Sistem Perakaunan Automatik – E-Wallet

Satu lagi kelebihan menjadi rakan affiliate kepada ALLSTARPerfumes.Com berbanding menjadi agen kepada syarikat trading lain ialah, anda bakal memiliki Sistem E-Wallet yang begitu canggih. Anda tidak perlu bersusah payah membuat pengiraan secara manual diatas setiap penjualan anda samada rekod perakaunan, rekod komisen affiliate, nama dan alamat perhubungan pelanggan anda dan sebagainya. Pihak Syarikat telah menyediakan kemudahan terbaik untuk anda. Anda hanya perlu lakukan satu perkara sahaja, iaitu PROMOSI... PROMOSI... PROMOSI...

11.Tidak Perlu Menyimpan Stok

Anda berniaga produk fizikal. Anda berniaga produk yang boleh dilihat, boleh dipegang, boleh digunakan dan digemari ramai. Anda boleh menjual Pati Minyak Wangi ALL STAR Perfumes dan tidak perlu menyimpan stok. Urusan stok dan segalanya akan diuruskan oleh pihak Syarikat. Beginilah cara seorang usahawan internet yang bijak seperti anda.

12.Tidak Perlu Mengendalikan Urusan Pos

Perniagaan produk fizikal memerlukan urusan penghantaran. Sekali lagi pihak syarikat akan menguruskannya untuk anda. Segala kecacatan atau kerosakan produk semasa dihantar kepada pelanggan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Syarikat. Anda hanya menerima komisen yang lumayan sebagai Rakan Affiliate yang aktif.

13. Menyelesaikan Masalah Kewangan

Pada hari ini ramai diantara kita yang menghadapi masalah kewangan. Samada bidang pekerjaan yang tidak menjamin pendapatan yang stabil atau menghadapi masalah mendapatkan kerja tetap. Kini, peluang untuk memulakan perniagaan internet telah terbuka luas. Sebagai Rakan Affiliate ALLSTARPerfumes.Com, perniagaan internet kini boleh dijalankan di mana sahaja (walaupun hanya dengan memakai baju tidur di rumah) dengan hanya bermodalkan RM 60.00. Semua orang patut merebut peluang keemasan ini untuk menambah pendapatan dan memantapkan ekonomi masing-masing.

"Saya meminta masyarakat tidak hanya menggunakan internet atau jalur lebar untuk kegunaan sosial tetapi juga menggunakan kemudahan ini untuk mempertingkatkan ekonomi masing-masing dengan menjalankan aktiviti perniagaan secara online"

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

14.Downline Percuma Untuk Rakaniaga Pakej 360

ALLSTARPerfumes.com akan membantu mendapatkan downline bagi Rakan Affiliate Yang Mengambil Pakej 360 (6 Akaun) untuk membantu mereka meluaskan perniagaan secara online. ALLSTARPerfumes.com mengaplikasikan konsep 'randomizer'. Pelawat baru yang ingin mendaftar dengan tanpa sebarang penajaan, sistem secara automatik akan mengambil salah seorang Rakaniaga ALLSTAR Perfumes yang mengambil Pakej 360 sebagai penaja bagi pelawat baru tadi. Dengan itu, Rakaniaga Pakej 360 ALLSTAR Perfumes akan memperolehi peluang mendapat downline secara percuma walaupun mereka pasif (tiada mencari downline). Konsep ini juga akan membantu meningkatkan pembelian bagi Pakej 360 iaitu sebanyak 6 akaun dan dengan sendirinya, kumpulan rakaniaga akan berkembang dan potensi untuk rakaniaga mendapat downline percuma akan meningkat dengan adanya sistem auto-spillover.

15.Passive Income

Daripada kajian mengenai kejayaan tokoh usahawan seluruh dunia, didapati bahawa salah satu kaedah berniaga yang ada pada semua jutawan perniagaan ialah pendapatan pasif atau Passive Income. Passive Income bermaksud sekali anda membuat sesuatu kerja, hasilnya akan masuk ke kantung anda secara berterusan dengan tanpa anda sedari. Perniagaan ALLSTARPerfumes.Com ini adalah suatu bentuk usaha untuk mewujudkan peluang Passive Income kepada semua orang termasuklah anda. Anda juga boleh jadi Jutawan dengan usaha dan tawakkal kepada Allah SWT. Sekiranya ada dikalangan ahli kumpulan anda yang aktif mempromosikan laman web mereka, anda juga akan terus menerima bayaran sehingga level ke 4.


16.Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan

Status Jutawan bukanlah sesuatu yang diwarisi. Ianya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja melalui pelbagai cara. Pada masa kini, ruang dan peluang menjadi jutawan semakin terbuka luas dengan kecanggihan dunia perniagaan Internet. Irfan Khairi sebagai contoh, telah menjadi jutawan menerusi perniagaan internet pada usia yang sangat muda iaitu 25 tahun. Tiada yang mustahil kerana sesiapa sahaja boleh jadi jutawan.

Firman Allah SWT, maksudnya, “Aku tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga dia akan mengubah nasib dirinya sendiri”.

17.Boleh Menjalankan Perniagaan Di Mana Sahaja

Perniagaan ALLSTARPerfumes.Com boleh dilakukan di mana sahaja. Hanya dengan kemudahan capaian ke internet, anda boleh berniaga dari bawah pokok, di meja makan atau di bilik tidur. Sekali anda mendaftar, peluang anda untuk memperolehi pendapatan tambahan yang lumayan tetap terbuka luas. Tuhan menjanjikan rezeki bagi hambaNya yang sentiasa berusaha.

18.Buka Kedai 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu

Laman web perniagaan anda akan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Walaupun anda sedang nyenyak tidur, jika ada transaksi pembelian dilakukan, maka anda tetap akan menerima komisen yang ditetapkan. Anda boleh bercuti dan berehat mengikut kehendak anda, tetapi kedai online anda akan tetap dibuka sepanjang masa dengan pemantauan berterusan dari pihak Syarikat.

19.Ikut Nasihat Abd Rahman Bin Auf

Kami di ALLSTARPerfumes.Com menjadikan kisah sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf sebagai panduan. Beliau adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga. Suatu hari Abdul Rahman Bin Auf pernah ditanya: Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu? Jawabnya:
i. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
ii. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
iii. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…

Huraian Mengikut Pemahaman Saya:

i.Jangan Menolak Rezeki Walaupun Sedikit Pun
Semua bentuk rezeki yang halal janganlah ditolak walaupun jumlahnya hanya sedikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, Insyaallah.

ii.Percepatkan Segala Urusan Jual Beli
Sebarang urusan penjualan barangan termasuklah penghantaran produk kepada pelanggan hendaklah dipercepatkan. Pada zaman dahulu pun, aspek cepat dan cekap menjadi asas utama kejayaan dalam bidang perniagaan. Apatah lagi zaman kini, dengan kecanggihan teknologi dan sistem penghantaran barangan menggunakan kurier/Pos Ekspres dan penggunaan sistem tracking number akan melancarkan perniagaan. Kelajuan dan kepantasan dalam mengurus perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

iii. Transaksi Pembayaran Secara Tunai Sahaja
Perniagaan yang berjaya tidak melibatkan tanggungan hutang atau penangguhan bayaran yang lama. Perniagaan ALLSTARPerfumes.Com mengaplikasi kaedah ini dengan maksimum.
Hanya selepas bayaran dibuat samada secara tunai kepada E-Stokis atau bayaran secara Cash Deposit (CDM), Online Bank Transfer atau Inter-Bank Transfer kepada pihak Syarikat dan pengesahan bayaran dibuat oleh Admin Syarikat, barulah penghantaran produk dibuat dan laman web affiliate anda diaktifkan.

20.Peluang Terbaik Untuk Menjadi E-Stokis ALLSTAR Perfumes

Produk halal sememangnya menjadi pilihan para Muslimin dan Muslimat. Ditambah dengan pasaran produk pati minyak wangi yang rancak dan publisiti yang meluas sudah tentu dapat meningkatkan hasil jualan secara online mahupun secara offline.

Pihak ALL STAR Perfumes amat mengalakkan penyertaan E-Stokis baru. Skop keuntungan bagi E-Stokis amat luas kerana dibantu dengan sistem laman web secara online. E-Stokis juga mendapat keuntungan daripada hasil jualan runcit mereka di tempat-tempat strategik pilihan mereka.
 

Kod Stokis

Akaun/ Set Produk

Harga Stokis Seunit

Jumlah Harga Istimewa Stokis

Jumlah Harga Pasaran

ES-12

12

RM55.00

RM660

RM720

ES-60

60

RM50.00

RM3,000

RM3,600

*Keuntungan runcit hanya dikira melalui jual-beli tanpa online. E-Stokis juga boleh mendapat pulangan yang hebat jika ditambah dengan pendaftaran bagi rakaniaga baru secara online. Mereka akan mendapat komisen kumpulan melalui dua pakej ALLSTARPerfumes.com.


Bagaimana untuk mendaftar sebagai e-Stokis ALL STAR Perfumes?

  1. Daftar sebagai rakaniaga baru di ALLSTARPerfumes.com

  2. Naiktaraf pendaftaran percuma kepada rakaniaga yang sah.

  3. Mohon naiktaraf menjadi e-Stokis ALLSTAR Perfumes. Login pada panel dan klik pada Apply e-Stokis di menu selepas login.

  4. Daftar di borang e-Stokis, pilih Pakej Stokis dan submit.

  5. Pihak ALL STAR Perfumes akan menguruskan permohonan e-Stokis baru dengan segera.

21. Kejayaan Berganda dengan Bonus Tajaan Terus

Dengan Bonus Tajaan Terus (Direct Sponsor), anda boleh menggandakan pendapatan dengan lebih cepat. Bagi setiap penajaan satu akaun baru dalam kumpulan anda, RM 12.00 akan dimasukkan ke Akaun E-Wallet anda secara automatik. RM 10.00 adalah Bonus Tajaan Terus dan RM 2.00 adalah komisen affiliate mengikut level.

22. Kemudahan Aktifkan Akaun Ahli Baru Guna Akaun Sendiri

Bagi memudah dan mempercepatkan urusan pengaktifan ahli baru, anda diberi kebenaran untuk mengaktifkan ahli baru tersebut menggunakan Pejabat Maya anda sendiri, dengan syarat mempunyai nilai E-Wallet yang mencukupi. Untuk aktifkan satu akaun, pastikan E-wallet mempunyai nilai sekurang-kurangnya RM 60.00. Jika E-Wallet kekurangan nilai, anda boleh topup nilai E-wallet.

Caranya mudah : Lakukan pembayaran ke akaun bank Syarikat All Star Perfumes dan sms ke Admin (019-9956099) mengikut format seperti berikut :

<TOPUP><RM??><USERNAME ANDA><NAMA BANK><TARIKH & MASA>
 

 

Penaja :  sikat8558
Nama : khairulnizu mat jusoh
No. HP : 0199699171



Wan Nazyrah Binti Abd Halim
[Kelantan]
Wan Nazyrah Binti Abd Halim
[Kelantan]
Wan Nazyrah Binti Abd Halim
[Kelantan]
Iryan Kusnin
[Singapura]
muhammad arif
[Kelantan]
muhammad arif
[Kelantan]
muhammad arif
[Kelantan]
muhammad arif
[Kelantan]
muhammad arif
[Kelantan]
muhammad arif
[Kelantan]
 

(Februari, 2012)


 asrul (63) 

 supce2001 (62) 

 hijrah (61) 

 lieza03 (50) 

 ilmy08 (42) 

 suciMurni (38) 

 TEAMcg (28) 

 emas6 (22) 

 puterabunian (21) 

 mulyani (20) 

 sum13160601 (17) 

 allstar (17) 



 

Anda Boleh Membeli Produk AllStarPerfumes Melalui
Kad Kredit.

Sila Daftar, Login Ke Menu Pembayaran Untuk Pembayaran Melalui Kad Kredit Yang Selamat.


 

 

ALLSTARPerfumes.com © 2011